14 OKTOBER 2016
Kuala Lumpur – Bekalan air di kawasan-kawasan yang telah mengalami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur ekoran penutupan Loji Rawatan Air Langat akibat pencemaran bau di Sg. Semantan, Pahang pada 7 Oktober 2016 sudah pulih sepenuhnya.
Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pengguna yang terlibat di atas kesabaran sepanjang tempoh kejadian yang di luar jangkaan ini.
Semua pengguna dinasihati supaya sentiasa menggunakan air secara berhemat.
Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan air.
Dikeluarkan oleh:
Amin Lin Abdullah
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kumpulan Air Selangor