11 OKTOBER 2016
Kuala Lumpur– Beberapa kawasan di Klang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip air pecah di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pin Hwa, Setia Alam.
Kerja-kerja pembaikan paip air pecah sedang giat dijalankan dan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat selepas pukul 11.00 pagi, 12 Oktober 2016.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Bukit Tinggi 1, Bukit Tinggi 2, Bandar Botanik, Ambang Botanik, Bayu Emas, Bandar Parkland, Glenmarie Cove, Bandar Puteri Klang, Bandar Putera, Taman Bayu Perdana, seluruh Sentosa, Rantau Panjang, Telok Kapas, Bandar Sultan Suleiman Fasa 1, Bandar Sultan Suleiman Fasa 2, Bandar Sultan Suleiman Fasa 3, Pelabuhan Utara, Tanjung Harapan, Kawasan Perindustrian Sultan Mohamed, Sungai Sireh dan Kawasan Perindustrian Sungai Puloh.
Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Dikeluarkan oleh:
Amin Lin Abdullah
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kumpulan Air Selangor