Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Bekalan air pulih di Klang

$
0
0

14 OKTOBER 2016

Kuala Lumpur– Bekalan air ke kawasan-kawasan di Klang yang mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah di belakang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pin Hwa, Setia Alam, pada 11 Oktober 2016, sudah pulih sepenuhnya.

 

Kerja-kerja pembaikan paip telah siap pada pukul 11.45 malam pada 12 Oktober 2016.

 

Kami mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan di atas kesabaran semua pelanggan yang terlibat semasa kami menangani kejadian yang di luar jangkaan ini.

 

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati supaya sentiasa menggunakan air secara berhemat.

 

Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan air.    

 

 

 

Dikeluarkan oleh:

 

Amin Lin Abdullah

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat

Kumpulan Air Selangor


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>