Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI KAMPUNG MERU, KLANG BERIKUTAN KEJADIAN INJAP SCOUR PATAH PADA PAIP 600MM

$
0
0

KENYATAAN MEDIA

7 JUN 2015

 

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI KAMPUNG MERU, KLANG  BERIKUTAN KEJADIAN INJAP SCOUR PATAH PADA PAIP 600MM

 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa sejumlah 4,650 pintu rumah di kawasan Kampung Meru, Klang pada masa ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan kejadian injap scour telah patah pada paip bersaiz 600mm pada jam 5.00 petang semalam (6 Jun 2015) di kawasan berhadapan Masjid Persiaran Hamzah Alang, Meru.

 

Pihak SYABAS telah melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembaikan tersebut bagi menggelakkan gangguan bekalan air dalam tempoh yang lama. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan masih lagi belum dapat disiapkan berikutan hujan lebat yang berlaku di lokasi telah menyebabkan paip yang terletak di tebing sungai ditenggelami air ekoran paras air sungai yang meningkat dan menyukarkan lagi kerja-kerja pembaikan. Pihak SYABAS menjangkakan kerja-kerja pembaikan injap scour patah ini akan siap pada jam 2.00 pagi (8 Jun 2015). Bekalan air akan disambung semula kepada pengguna yang terjejas selepas kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya dan pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat.

 

Para pengguna boleh mengakses terus semua maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air dan status pemulihan bekalan air di kawasan masing-masing dengan mudah, pantas dan tepat melalui aplikasi telefon mudah alih mySYABAS yang boleh dimuat turun menerusi Google Playstore / Appstore). Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang sama dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my. Pihak SYABAS juga akan terus memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media massa.

 

Dalam pada itu, pihak SYABAS telah menggerakkan lori-lori tangki untuk memberi bekalan air kecemasan kepada pengguna yang terlibat dengan gangguan tidak berjadual ini. Namun, bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki amat terhad dan keutamaan akan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dailisis dan klinik-klinik kesihatan di samping keperluan meruncing seperti majlis kenduri dan kematian. Sehubungan itu, sepanjang tempoh gangguan pengguna diminta berjimat-cermat dan mengurangkan penggunaan air yang diterima daripada bekalan air kecemasan ini.

 

 

~TAMAT~

 

 

PRISCILLA ALFRED

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS

*** Maklumat berhubung kejadian ini juga boleh diakses melalui aplikasi sistem mySYABAS yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Appstore, atau para pengguna boleh melayari laman web rasmi SYABAS di www.syabas.com.my; atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>