Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI 46 KAWASAN DI WILAYAH HULU SELANGOR

$
0
0

 

KENYATAAN MEDIA

 

3 JUN 2015

 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan sebanyak 65,445 pintu rumah di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah berikutan masalah teknikal pada saluran utama bagi penyaluran bekalan air terawat daripada loji rawatan air (LRA) Rasa.

 

Ekoran daripada masalah teknikal tersebut, sebanyak 46 kawasan (rujuk JADUAL A) telah terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Walaubagaimanapun, masalah teknikal telah diselesaikan pada jam 9 pagi, 3 Jun 2015 dan bekalan air mula dibuka untuk proses pemulihan bekalan selepas itu. Kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air akan pulih secara berperingkat mulai jam 11 pagi. Walau bagaimanapun, para pengguna yang tinggal kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan akan mendapat bekalan air agak lewat. SYABAS menganggarkan gangguan bekalan air ini akan pulih sepenuhnya pada jam 4.00 petang esok (4 Jun 2015).

 

Para pengguna boleh mengakses terus semua maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air dan status pemulihan bekalan air di kawasan masing-masing dengan mudah, pantas dan tepat melalui aplikasi telefon mudah alih mySYABAS yang boleh dimuat turun menerusi Google Playstore / Appstore). Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang sama daripada laman web SYABAS di www.syabas.com.my. Dalam pada itu, pihak SYABAS juga akan terus memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media massa.

 

Dalam pada itu, pihak SYABAS telah menggerakkan lori-lori tangki untuk penghantaran bekalan air kecemasan ke kawasan yang terlibat bagi mengurangkan kesan kepada aktiviti harian pengguna. Namun, bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki amat terhad dan keutamaan akan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dailisis dan klinik-klinik kesihatan disamping keperluan meruncing seperti majlis kenduri dan kematian. Sehubungan itu, sepanjang tempoh gangguan ini para pengguna diminta berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air yang diterima daripada bekalan air kecemasan ini.

 

PRISCILLA ALFRED

Ppengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS

 

 

JADUAL A

Wilayah Hulu Selangor

No

Kawasan Terlibat

No

Kawasan Terlibat

1

Seluruh Rasa

24

Seluruh Kerling

2

Seluruh Bandar Baru Batang Kali

25

Seluruh Hulu Bernam

3

Seluruh Taman Hill Park

26

Seluruh Taman Bernam Jaya

4

Seluruh Taman Semarak Batang Kali

27

Seluruh Taman Keliang Kalumpang

5

Seluruh Kawasan Perindustrian MIEL

28

Seluruh Lembah Beringin

6

Seluruh Taman Desa Alam Ria

29

Seluruh Taman Bahtera Hulu Bernam

7

Seluruh Taman Bukit Rawang Jaya

30

Seluruh Kampung Pinang Hulu Bernam

8

Seluruh Taman Bukit Rawang Putra

31

Seluruh Kampung Serendah/ Antara Gapi/ Sungai Choh

9

Seluruh Taman Mutiara

32

Seluruh Bukit Beruntung

10

Seluruh Bandar Baru Rawang

33

Seluruh Bukit Sentosa

11

Seluruh Kampung Rajah/ Pekan

34

Seluruh Sungai Buaya

12

Seluruh Kampung Kenanga Rawang

35

Seluruh Bukit Teratai (Estate)

13

Seluruh Kampung Sungai Terentang/ Kampung Baru

36

Seluruh Bandar Country Home

14

Seluruh New Green Park/ Taman Sri Hijau

37

Seluruh Taman Desa Mas

15

Seluruh Jalan Pahang/ Maktab Polis Kuala Kubu Bharu (KKB)

38

Seluruh Saujana Rawang

16

Seluruh KKB Utama

39

Seluruh Taman Teknologi

17

Seluruh Kampung Dagang Setia/ Kampung Kelapa KKB

40

Seluruh Taman Velox

18

Seluruh Taman Ampang Pecah KKB

41

Seluruh Batu Arang

19

Seluruh Taman Millenium KKB

42

Seluruh Kota Puteri

20

Seluruh Taman Damai KKB

43

Seluruh Sungai Bakau

21

Seluruh Bukit Bujang KKB

44

Sungai Emerald

22

Seluruh Taman Tanjak

45

Seluruh Taman Garing

23

Seluruh Taman DesaRening Jaya

46

Seluruh Rawang Intergrated/ Sungai Dua/ Taman Pelangi


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>