Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) ingin memaklumkan beberapa kawasan seperti yang tersenarai akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:-
i. Kerja Penggantian Injap Kupu-Kupu Berdiameter 600MM Berhampiran Masjid Rahimiah Sri Andalas, Wilayah Klang/Shah Alam.
TARIKH dan MASA GANGGUAN
21 Oktober 2015 (Rabu), dari jam 9:00 malam hingga 7:00 petang keesokan harinya, 22 Oktober 2015 (Khamis).
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Klang/Shah Alam
Persiaran Raja Muda Musa; Kampung Delek Baru; Kampung Sungai Udang; Jalan Sungai Bertik; Jalan Teluk Pulai; Jalan Teluk Gedung Kecil; Jalan Tepi Sungai; Jalan Raya Barat; Kampung Raja Uda; Jalan Kastam; Jalan Kota Raja Kampung Jawa; Jalan Stesen; Jalan Tengku Diaudin; Jalan Dato Hamzah; Jalan Tengku Kelana; Lorong Tingkat; Lorong Rembau; Jalan Padang; Jalan Kota; Jalan Istana; Jalan Yadi; Jalan Tengku Badar; Teluk Pulai; Bukit Tinggi 1 dan 2; Bandar Botanik; Ambang Botanik; Bayu Emas; Bandar Parklands; Glenmarie Cove; Bandar Puteri; Bandar Puteri 2; Taman Bayu Perdana; Pulau Indah Fasa 1 dan Fasa 2; Keseluruhan Kampung Pulau Indah; Laguna Park; Kampung Telok Gong; Taman Armada Putera; Port Klang Free Trade Zone (PKFZ); Bandar Bestari Jaya; Taman Rakyat Andalas; Taman Andalas Permai; Jalan Seri Sarawak 14 – 21 Taman Seri Andalas; Glenn Cruise; Westport; Kota Pendamar; Taman Teluk Gadung Indah dan Pulau Ketam.
Kawasan lain yang terlibat termasuk Sobena Jaya, Pandamaran; Taman Selatan; Taman Petaling Indah; Taman Radzi; Taman Palm Groove; Taman Chi Liung; Telok Gadong Besar; Telok Gadong Kecil; Taman Gembira; Seluruh Kawasan Pandamaran; Seluruh Taman Sentosa; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; Separuh Kawasan Jalan Johan Setia; Taman Seri Andalas; Flat Perumahan Telok Gadong Indah A; Rumah Teres Telok Gadong Indah B; Perumahan Taman Berembang; Flat Perumahan Pandamaran Indah; Perumahan Pendamar Indah; Kampung Pendamar; Jalan Tengku Badar; Jalan Kastam / Jalan Sungai Keladi; Jalan Kem; Taman Melawis dan Jalan Raya Barat.
Antara kawasan dan premis kritikal yang turut terlibat adalah Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Arunamari Taman Bayu Perdana; Sentosa Specialist Medical Centre, Hospital Pantai Persiaran Raja Muda Musa, Hospital Kesihatan Bandar Botanik, Pusat Perubatan Razif, Taman Seri Andalas; Sri Kota Medical Centre, Pusat Dialisis Kualiti (Andalas), Pesiaran Tengku Ampuan Rahimah Seri Andalas; Pusat Dialisis PNSB, Pesiaran Tengku Ampuan Rahimah Seri Andalas; Pusat Dialisis Mukmin Jln Sri Sarawak Taman Andalas; Pusat Dialisis, Taman Selatan; Pusat Dialisis Bukit Tinggi, Lorong Batu Nilam; Pusat Dialisis Persatuan Klang, Wisma Rotary Pesiaran Tengku Ampuan Rahimah; Pusat Dialisis Nephocare, Lorong Batu Unjur (Bayu Perdana).
Wilayah Kuala Langat
Taman Sijangkang Jaya; Taman Sri Medan; Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang; Batu 9 Kampung Medan; Taman Desa Sijangkang; Taman Rivera Perdana; Taman Permai Sijangkang; Taman Sijangkang Indah; Taman Medan Indah dan Taman Perwira.
Justeru, pengguna di kawasan terlibat dengan gangguan ini dinasihatkan supaya membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut berlaku. Para pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini disarankan untuk memuat turun aplikasi sistem mySYABAS (melalui Google Playstore dan Appstore). Pengguna juga boleh melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my; atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.
Harap maklum.
PRISCILLA ALFRED
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS