Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual Disebabkan Hentitugas Sementara Loji Rawatan Air Bukit Tampoi, Kuala Langat

$
0
0

 

28 SEPTEMBER 2015

 

Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima permohonan daripada pihak operator Loji Rawatan Air Bukit Tampoi iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) untuk melaksanakan hentitugas sementara loji bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan loji seperti berikut:

 

1)     Kerja-Kerja Pembersihan Kolam Imbangan 2MG di Loji Rawatan Air Bukit Tampoi, Wilayah Kuala Langat.

 

TARIKH/MASA GANGGUAN

6 Oktober 2015 (Selasa), bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 8:00 malam (pelaksanaan kerja selama 12 jam).

 

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Langat (8,066 pintu rumah)

Kampung Olak Lempit; Kampung Bukit Changgang; Kampung Labohan Dagang; Selangor Dredging; Taman Changgang Jaya; Kompleks Perabot Olak Lempit; Taman Arked; Taman Ambar; Taman Sri Dagang; Taman Topaz; Pusat Serenti; Bandar Mahkota; Taman Seri Telok Datok dan Taman Seri Cheeding.

 

Untuk makluman, hentitugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Tampoi yang melibatkan penutupan bekalan air ke kawasan terlibat untuk tujuan penyenggaraan ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan alatan atau infrastuktur loji berkenaan pada masa akan datang.

 

Sebagai persediaan awal bagi menghadapi gangguan ini, pengguna di kawasan yang disenaraikan disarankan untuk menyimpan bekalan air secukupnya. SYABAS menjangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat bergantung kepada kedudukan kawasan penempatan pengguna.

 

Untuk makluman, kesemua maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air ini termasuk status kerja pembaikan dan status pemulihan bekalan air di kawasan pengguna masing-masing boleh diakses dengan mudah, pantas dan tepat dengan memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS. Pada masa yang sama, pihak SYABAS akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media massa sekiranya keadaan memerlukan.

 

SYABAS berharap agar para pengguna yang terjejas dengan gangguan ini dapat memahami kesulitan yang berlaku dan disarankan menggunakan bekalan air dengan berjimat cermat sementara menunggu keadaan ini kembali pulih seperti sediakala memandangkan kerja penyenggaraan ini dilakukan untuk tujuan kemudahan pengguna di masa akan datang.

 

~TAMAT~

 

PRISCILLA ALFRED

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>