Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Status Terkini Kerja Pembaikan Paip Dari Rumah Pam Wangsa Maju ke Kolam Pudu Hulu

$
0
0

SIARAN MEDIA

6 JANUARI 2017

 

Masa siap kerja pembaikan paip dari Rumah Pam Wangsa Maju ke Kolam Pudu Hulu terpaksa dilanjutkan ke 10:00 malam ini disebabkan kebocoran berlaku selepas kerja pembaikan paip disiapkan pada 2.30 petang tadi.

 

Bekalan air di kawasan-kawasan terlibat dijangka akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan paip selesai.

 

Kawasan-kawasan yang terlibat di Kuala Lumpur adalah Desa Pandan, Jalan U-Thant, Lorong U-Thant 1 – 4, Lengkungan U-Thant, Jalan Pegawai, Taman U-Thant, Taman Ampang Hilir, Persiaran Ampang Hilir, Jalan Ampang Hilir 1-4, Jalan Gerbang Ampang Hilir, Jalan Ru, Jalan Kedondong, Jalan Mengkuang, Jalan Keranji, Jalan Madge, Jalan Wickham, Jalan Pinggir Widley, Persiaran Ampang, Jalan Mengkudu, Taman Shamelin Perkasa, Perumahan SommersetClose (Jln YaakobLatiff), Taman Dagang, Pandan Utama, Kampung Pandan Dalam, Kampung Pandan Luar, Pandan Jaya, Taman Nirwana, Taman Cempaka, Taman Cahaya, Taman Cahaya Indah,  Taman Maluri, Taman Bakti, sebahagian Taman Shamelin, dan Taman Putra Sulaiman.

 

Kawasan-kawasan yang terlibat di Gombak adalah Taman Ampang Mewah dan Taman Cahaya Indah.

 

Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki air. Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.

 

Maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” .

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.             

 

 

Dikeluarkan oleh:

Amin Lin Abdullah

Ketua Komunikasi Korporat


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>