SIARAN MEDIA
5 JANUARI 2017
Beberapa kawasan di Kuala Lumpur sedang mengalami gangguan bekalan air kerana kerja-kerja pembaikan paip dariRumah Pam Wangsa Maju ke Kolam Pudu Hulu.
Kerja-kerja pembaikan paip dijangka akan siap pada jam 5.00 pagi esok (6 Januari 2017) dan bekalan air akan pulih secara berperingkat.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Desa Pandan, Jalan U-Thant, Lorong U-Thant 1 – 4, Lengkungan U-Thant, Jalan Pegawai, Taman U-Thant, Taman Ampang Hilir, Persiaran Ampang Hilir, Jalan Ampang Hilir 1-4, Jalan Gerbang Ampang Hilir, Jalan Ru, Jalan Kedondong, Jalan Mengkuang, Jalan Keranji, Jalan Madge, Jalan Wickham, Jalan Pinggir Widley, Persiaran Ampang, Jalan Mengkudu, Taman Shamelin Perkasa, Perumahan Sommerset Close (Jln Yaakob Latiff), Taman Dagang, Pandan Utama, Kampung Pandan Dalam, Kampung Pandan Luar, Pandan Jaya, Taman Bakti, Taman Cempaka, Taman Nirwana dan Taman Maluri.
Bantuan bekalan telah dihantar ke hospital dan pusat dialisis dengan lori tangki.
Maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” .
Segala kesulitan amatlah dikesali.