18 April 2016
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah memudahkan dan mempercepatkan proses untuk memohon akaun bekalan baharu. Pelanggan boleh memohon akuan bekalan air baharu dengan mudah melalui talian terus Portal Khidmat Pelanggan SYABAS dan tidak perlu pergi ke kaunter khidmat pelanggan pejabat SYABAS.
Sebelum ini, proses memohon akaun bekalan air baharu melibatkan beberapa prosedur yang memerlukan pelanggan membekalkan pelbagai dokumen sebagai bukti di kaunter khidmat pelanggan pejabat SYABAS. Proses permohonan telah di penambahbaikan, mengurangkan bilangan borang dan sekali gus mempercepatkan proses permohonan secara menyeluruh.
Permohonan untuk akaun bekalan air baharu telah dipermudahkan untuk penyewa premis, yang tidak lagi perlu membekalkan dokumen daripada pemilik premis atau tuan punya premis. Walau bagaimanapun, sekiranya pemilik atau tuan punya premis meminta SYABAS memotong bekalan air ke premis, SYABAS akan mematuhi permintaan pemilik atau tuan punya premis.
Pemohon untuk akaun bekalan air baharu masih perlu membayar duti setem dan deposit (dikembalikan). Pemohon adalah diingati bahawa bekalan air akan dipotong, jika pemohon gagal menjelaskan Bil Air.
Permohonan untuk akaun bekalan air baharu disediakan dengan mudah melalui Portal Talian Terus Khidmat Pelanggan (https://eser.syabas.com.my/syabascsp/). Pemohon hanya perlu melengkapkan dan menghantar butiran secara talian terus disusuli dengan penghantaran melalui pos 2 set Surat Perjanjian Bekalan Air Asal yang telah ditandatangani dan Surat Kebenaran dan Aku Janji, jika perlu, kepada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan SYABAS. Pegawai SYABAS akan berhubung dengan pelanggan selepas menerima Surat Perjanjian untuk proses seterusnya.
Amin Lin Abdullah
Head of Corporate Communications
Air Selangor Group.