Kuala Lumpur– Sebahagian daripada usaha untuk menambahbaikkan kecekapan sistem rawatan air di LPA Kalumpang, kerja pembersihan tangki air imbangan akan dijalankan pada 12 Januari 2016, jam 8:00pagi hingga 9:00malam.
Pengguna di kawasan yang terlibat dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 12 Januari 2015 bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan ini. Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembersihan dengan secepat mungkin untuk pemulihan bekalan air lebih awal di kawasan yang terlibat.
Kawasan-kawasan di Hulu Selangor yang akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah adalah Taman Tempua Bestari dan Gumut Tambahan.
Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore and Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook ‘puspel’ atau Twitter ‘puspel syabas’.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Amin Lin Abdullah
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kumpulan Pengurusan Air Selangor