Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa beberapa kawasan di Wilayah Klang/ Shah Alam telah dan akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta tekanan air rendah ekoran paip daripada jenis keluli lembut (Mild Steel) bersaiz 700mm di persimpangan lampu isyarat Bukit Raja, Klang yang menyalurkan bekalan air ke kawasan-kawasan tersebut telah dilaporkan pecah pada jam 4.00 pagi tadi.
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kerja-kerja pembaikan paip telah siap dijalankan pada jam 4.00 petang hari ini, 25 Ogos 2015. Kelewatan ini disebabkan kerja-kerja mengeringkan kawasan paip pecah tersebut mengambil masa yang lama sebelum kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan. Bekalan air telah disambung semula kepada pengguna yang terjejas dan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat adalah secara berperingkat. Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:
WILAYAH KLANG/ SHAH ALAM | |||
1 | Pandamaran | 11 | Taman Orkid |
2 | Pandamaran Jaya | 12 | Jalan Kota Raja |
3 | Taman Pandamaran Permai | 13 | Jalan Raja Jumaat |
4 | Teluk Gadong | 14 | Pejabat Tanah, Pejabat SPRM & SYABAS klang |
5 | Persiaran Raja Muda Musa | 15 | Petron & Shell, seksyen 7 |
6 | Jalan Tengku Badar | 16 | Jalan Istana |
7 | Kg Baru Pandamaran | 17 | Jalan Tengku Kelana |
8 | Bandar Klang | 18 | Jalan Stesen |
9 | Taman Eng Ann | 19 | Bukit Jati |
10 | Taman Berkeley |
|
|
JUMLAH PINTU RUMAH : 10,830 |
Dalam perkembangan lain, SYABAS ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja berjadual menaiktaraf sistem bekalan air yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Klang/ Shah Alam dan Kuala Langat pada 24 Ogos 2015, 9.00 malam hingga 25 Ogos 2015 pada jam 1.00 petang telah siap sepenuhnya mengikut jadual. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual ini masih terus mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah disebabkan kawasan-kawasan ini juga menerima bekalan air daripada jajaran paip 700mm yang telah pecah.
Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:
WILAYAH KLANG/ SHAH ALAM | |||
1 | Persiaran Raja Muda Musa | 26 | Jalan Stesen |
2 | Jalan Kota Raja Kg. Jawa | 27 | Glenmarie Cove |
3 | Kg. Sungai Udang | 28 | Ambang Botanik |
4 | Jalan Sg. Bertik | 29 | Bandar Parklands |
5 | Jalan Teluk Pulai | 30 | Taman Bayu Perdana |
6 | Jalan Teluk Gedung Kecil | 31 | Bandar Puteri |
7 | Jalan Tepi Sungai | 32 | Bandar Puteri 2 |
8 | Jalan Raya Barat | 33 | Kota Pendamar |
9 | Kg. Raja Uda | 34 | Pulau Indah Fasa 1& 2 |
10 | Jalan Kastam | 35 | Keseluruhan Kg. Pulau Indah |
11 | Kg. Delek Baru | 36 | Jalan Seri Sarawak 14 - 21 |
12 | Jalan Tengku Kelana | 37 | Kg. Telok Gong |
13 | Jalan Tengku Diaudin | 38 | Taman Armada Putera |
14 | Jalan Dato Hamzah | 39 | Port Klang Free Zone (PKFZ) |
15 | Jalan Padang | 40 | Bandar Bestari Jaya |
16 | Lorong Tingkat | 41 | Taman Rakyat Andalas |
17 | Lorong Rembau | 42 | Taman Andalas Permai |
18 | Jalan Tengku Badar | 43 | Laguna Park |
19 | Jalan Kota | 44 | Glenn Cruise |
20 | Jalan Yadi | 45 | Westport |
21 | Bandar Botanik | 46 | Taman Selatan |
22 | Teluk Pulai Jalan Istana | 47 | Taman Teluk Gedung Indah |
23 | Bukit Tinggi 1 dan 2 | 48 | Pulau Ketam |
24 | Bayu Emas | 49 | Taman Chi Liung |
25 | Jalan Istana | 50 | Palm Grove |
JUMLAH PINTU RUMAH : 91,622 |
WILAYAH KUALA LANGAT | |||
1 | Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang | 6 | Batu 9 Kampung Medan |
2 | Taman Desa Sijangkang | 7 | Taman Riveria Perdana |
3 | Taman Sijangkang Indah | 8 | Taman Permai Sijangkang |
4 | Taman Medan Indah | 9 | Taman Perwira |
5 | Taman Sijangkang Jaya | 10 | Taman Sri Medan |
JUMLAH PINTU RUMAH : 6,211 |
Para pengguna boleh mengakses terus dengan mudah dan pantas maklumat terperinci berhubung dengan status bekalan air di kawasan masing-masing melalui aplikasi mySYABAS yang boleh dimuat turun ke telefon pintar menggunakan Google Playstore dan Appstore. Dalam pada masa yang sama juga pihak SYABAS akan juga terus memaklumkan status terkini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, pihak SYABAS telah mengerakkan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki kepada pengguna terlibat. Walau bagaimanapun, disebabkan kawasan yang terlibat adalah besar, keutamaan bantuan air kecemasan akan diberikan untuk kegunaan kecemasan seperti kematian dan majlis perkahwinan selain daripada hospital, pusat dailisis dan rumah-rumah kebajikan. Justeru, para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemah.
~TAMAT ~
PRISCILLA ALFRED
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS
*** Maklumat berhubung kejadian ini juga boleh diakses melalui aplikasi sistem mySYABAS yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Appstore, atau para pengguna boleh melayari laman web rasmi SYABAS di www.syabas.com.my; atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.