Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Penambahbaikan Perkhidmatan Air di Klang (16 Ogos 2017)

$
0
0

 

SIARAN MEDIA

7 OGOS 2017

 

 

Dalam usaha menambahbaikan perkhidmatan air kepada pelanggan di Klang, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Jalan Raya Timur, Stesen Komuter Klang akan dilaksanakan pada 16 Ogos 2017.

 

Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula dari 9:00 malam, 16 Ogos 2017 sehingga 5:00 pagi, 17 Ogos 2017 semasa kerja–kerja penggantian perkakasan ini dijalankan.

 

Kawasan-kawasan terlibat di Klang adalah Jalan Kota Raja, Jalan Taman Nahkoda Yusof, Taman Dagang, Taman Shahbandaraya, Jalan Uganda, Jalan Sg Jati, Kg Jati, Jalan Raja Nong Kiri dan Kg Seri Pandan.

 

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini dengan secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 16 Ogos 2017.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.       


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>