Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Penambahbaikan Perkhidmatan Air di Klang

$
0
0

 

SIARAN MEDIA

31 JULAI 2017

 

 

Dalam usaha menambahbaikan perkhidmatan air kepada pelanggan di Klang, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di hadapan Kilang Mapletree, bersebelahan Sg. Damansara dan persimpangan Seksyen 25, Klang akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2017.

 

Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 8:00 pagi, 10 Ogos 2017 sehingga 2:00 petang, 11 Ogos 2017 semasa kerja–kerja penggantian perkakasan ini dijalankan.

 

Kawasan-kawasan terlibat di Klang adalah seperti berikut:

 

KLANG

Seksyen 25

Taman Nagasari

Jalan 25/126 & Jalan 25/127, Sri Muda

Harun Estate/ Selatevan

Flat PPRT Seksyen 26

Batu 4 Kg Jawa

Batu 2 ½ - Batu 8 Bukit Kemuning

Kg Bukit Naga

Kg Teluk Menegun

Taman Desa Latania

Kg Jawa

Jalan Hulubalang Taman Sentosa

Kg Sungai Kandis

Berjaya Park

Taman Maznah

Johan Setia

Taman Alam Nyata

Jalan SU5 – SU8 (Lion Industrial Park), Jalan 33/1 – 33/4 Seksyen 33 & Jalan 33/19 – 33/32 Seksyen 33

Taman Samarinda

 

 

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian perkakasan ini dengan secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 10 Ogos 2017.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.       


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>