04 Ogos 2017
Dalam usaha menambahbaikkan perkhidmatan air kepada pelanggan di Hulu Selangor, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Kolam Air Batu 19 ¼, Rawang akan dilaksanakan pada 15 Ogos 2017.
Beberapa kawasan di Rawang akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja-kerja penggantian perkakasan ini dijalankan bermula dari 8:00 pagi, 15 Ogos 2017 sehingga 12:00 malam, 16 Ogos 2017.
Kawasan-kawasan terlibat di Rawang adalah seperti berikut:
Bandar Country Homes | Pusat Membeli Belah AEON |
Jalan Kuala Garing | Taman Desa Kuala Garing |
Kg Sg Bakau | Taman Garing Jaya |
Taman Teknologi | Taman Garing Permai |
Kota Emerald | Taman Garing Utama |
Puteri Heights | Taman Pelangi |
Taman Industri Rawang Integrated | Taman Velox |
Rawang Tin | Taman Bayu Permai |
Emerald West | Rawang Indah |
Taman Anggun 1, 2 & 3 |
|
Pada hari yang sama, satu lagi kerja penggantian perkakasan sistem agihan air akan dilaksanakan di Kolam Air Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Keseluruhan Taman Bunga Raya akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula dari 8:00 pagi sehingga 10:00 malam pada 15 Ogos 2017.
Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 15 Ogos 2017.
Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja ini.
Segala kesulitan amatlah dikesali.