SIARAN MEDIA
12 OGOS 2015
Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan beberapa kawasan seperti yang tersenarai akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:-
- Kerja-kerja Penukaran Injap Kupu-Kupu Baru Bersaiz 600MM Berhampiran Masjid Rahimiah, Sri Andalas, Wilayah Klang
- Kerja-Kerja Penukaran Injap Kupu-Kupu Baru Bersaiz 500MM di Tangki Menara Pulau Indah Fasa 1, Wilayah Klang
- Kerja-kerja Penukaran Injap Kupu-Kupu Baru Bersaiz 500MM di Tangki Menara Pulau Indah Fasa 2, Wilayah Klang
- Kerja-Kerja Penukaran Injap Kupu-Kupu Baru Bersaiz 500MM di Tangki Sedut Armada Putra, Wilayah Klang
- Kerja-Kerja Penukaran Injap Kupu-Kupu Bersaiz 450MM di Hadapan Kolam Air Bukit Lipat Kajang 4MG Paras Tinggi, Wilayah Klang
Bagi semua kerja-kerja di atas, TARIKH dan MASA GANGGUAN adalah seperti berikut:-
24 Ogos 2015 (Isnin) bermula jam 9:00 malam hingga 1:00 tengahari
keesokan harinya, 25 Ogos 2015 (keseluruhan masa kerja dilaksanakan selama 16 jam).
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Klang/Shah Alam
Persiaran Raja Muda Musa; Kampung Delek Baru; Kampung Sungai Udang; Jalan Sungai Bertik; Jalan Teluk Pulai; Jalan Teluk Gedung Kecil; Jalan Tepi Sungai; Jalan Raya Barat; Kampung Raja Uda; Jalan Kastam; Jalan Kota Raja Kampung Jawa; Jalan Stesen; Jalan Tengku Diaudin; Jalan Dato’ Hamzah; Jalan Tengku Kelana; Lorong Tingkat; Lorong Rembau; Jalan Padang; Jalan Kota; Jalan Istana; Jalan Yadi; Jalan Tengku Badar; Teluk Pulai; Bukit Tinggi 1 dan 2; Bandar Botanik; Ambang Botanik; Bayu Emas; Bandar Parklands; Glenmarie Cove; Bandar Puteri; Bandar Puteri 2; Taman Bayu Perdana; Pulau Indah Fasa 1 dan 2; Keselurhan Kampung Pulau Indah; Laguna Park; Kampung Telok Gong; Taman Armada Putera; Port Klang Free Zone (PKFZ); Bandar Bestari Jaya; Taman Rakyat Andalas; Taman Andalas Permai; Jalan Seri Sarawak 14 – 21, Taman Seri Andalas; Glenn Cruise; Westport; Kota Pendamar; Taman Teluk Gedung Indah dan Pulau Ketam.
Wilayah Kuala Langat
Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang; Batu 9 Kampung Medan; Taman Desa Sijangkang; Taman Riveria Perdana; Taman Permai Sijangkang; Taman Sijangkang Indah; Taman Medan Indah; Taman Perwira; Taman Sijangkang Jaya dan Taman Sri Medan.
Premis dan pengguna kritikal turut melibatkan kawasan Hospital Kesihatan Bandar Botanik; Hospital Arunamari Taman Bayu Perdana; Hospital Pantai Persiaran Raja Muda Musa; Sentosa Specialist Medical Centre dan Pusat Dialisis Jalan Sri Sarawak, Taman Andalas.
Justeru, pengguna di kawasan terlibat dengan gangguan ini dinasihatkan supaya membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya sertamenggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut berlaku.
Para pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini disarankan untuk memuat turun aplikasi sistem mySYABAS (melalui Google Playstore dan Appstore). Pengguna juga boleh melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my; atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.
Harap maklum.
PRISCILLA ALFRED
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS