Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

PEMBATALAN KEMUDAHAN PEMBAYARAN BIL AIR SYABAS SECARA AUTO BILLING

$
0
0

Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, pembayaran bil air SYABAS tidak boleh lagi dilakukan menggunakan khidmat bayaran bil automatik (auto-billing) melalui kad kredit lima ejen perbankan iaitu CIMB Bank Berhad, UOB Bank, Citibank, Maybank Berhad dan RHB Bank Berhad.

 

Walau bagaimanapun, pelbagai saluran pembayaran bil air sedia ada yang lain kekal memberikan perkhidmatan kepada semua pengguna SYABAS bagi urusan pembayaran bil air sama ada secara tunai atau melalui cek. Khidmat urusan pembayaran ini boleh diperolehi di semua Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat SYABAS (OSCS) dan agensi kutipan rasmi seperti berikut:

 

BIL.

AGENSI

KEMUDAHAN DITAWARKAN

1

HSBC Bank Malaysia Berhad

Perbankan Telefon, Perbankan Internet, Perbankan Melalui Telefon Secara Automatik (ATB), Perbankan Melalui Telefon Secara Individu (PTB)

2

Public Bank Berhad

ATM, Perbankan Internet, Perbankan Telefon, Mesin Deposit                                                                   Tunai, Mobile Banking

3

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd

ATM, Kaunter bayaran

4

RHB Bank Berhad

ATM, Perbankan Internet

5

CIMB Bank Berhad

ATM, Perbankan Internet, Mesin Deposit Tunai

6

Maybank Berhad

ATM, Perbankan Internet Maybank2u, Credit Card- Maybank2u portal, Perbankan Melalui Telefon (Kawanku)

7

AGRO Bank  

ATM, Kaunter bayaran, Auto Debit

8

MBF Cards Services Sdn Bhd

Perbankan Internet, Perbankan Telefon, Kaunter Bayaran

9

AmBank (M) Berhad 

ATM, Perbankan Internet, Perbankan Telefon

10

Hong Leong Bank Berhad

ATM, Perbankan Internet, Perbankan Telefon

11

Bank Islam Malaysia Berhad

ATM, Perbankan Internet

12

Affin Bank Berhad

ATM, Perbankan Internet

13

Kuwait Finance House (M) Bhd

Perbankan Internet

14

UOB Bank

Perbankan Internet

15

Bank Muamalat

Perbankan Internet, ATM

16

Bank Simpanan Nasional

Kaunter bayaran, ATM, Pesanan Ringkas, Perbankan Internet,

Mesin Deposit Tunai, Ejen Bank Berdafar

17

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Kaunter bayaran

18

Majlis Perbandaran Klang

Kaunter bayaran

19

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Kaunter bayaran

20

POS Malaysia Berhad

Kaunter bayaran, Perbankan Internet (POS online)

       i.            Debit akaun/Kredit Kad (Visa), POS self service terminal                                                                   (PAM)

     ii.             Kredit Kad Visa (menerusi kaunter)

21

Mobile Money

SMS

22

AEON Credit Services

Kaunter servis

23

I-Serve

Kios

24

Paylink Global

Kios

25

Mobilityone Sdn Bhd

Kedai-kedai terpilih

 

 

Dalam pada itu, bagi pengguna yang memilih untuk melakukan urusan pembayaran bil air di Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat SYABAS, waktu operasi adalah dari jam 9 pagi hingga jam 4:30 petang (Isnin hingga Jumaat) di lokasi berikut:

 

 

BIL.

PEJABAT SYABAS

KAUNTER PERKHIDMATAN SETEMPAT

1

SYABAS Petaling

Jalan Templer, Petaling Jaya

2

SYABAS Kuala Lumpur

Jalan Pantai Baru

3

SYABAS Gombak

Bandar Baru Selayang

4

SYABAS Klang

Jalan Kota, Klang

5

SYABAS Hulu Langat

Jalan Semenyih, Kajang

6

SYABAS Hulu Selangor

Bangunan Perpustakaan, Jalan Syed Mashor, KKB

7

SYABAS Kuala Langat

Telok Datok, Banting

8

SYABAS Kuala Selangor

Jalan Kelang, Kuala Selangor

9

SYABAS Sabak Bernam

Jalan Besar, Sg. Besar

10

SYABAS Sepang

No 29 Jln 6 Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi

 

SYABAS merupakan satu-satunya syarikat utiliti di negara ini yang menawarkan Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat (OSCS) dan operasi pusat perkhidmatan  ini hanya ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. OSCS bertujuan untuk memudahkan dan memendekkan tempoh masa yang diperlukan oleh pengguna untuk membuat  transaksi pembayaran.

 

Pengguna juga dinasihatkan agar membuat pembayaran bil air mengikut tempoh waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kesulitan akibat bekalan air dipotong kerana terlambat membayar bil air. Untuk makluman, caj pemotongan dan caj penyambungan semula sebanyak RM74.20 (termasuk GST) akan dikenakan sebelum penyambungan semula bekalan air di premis pengguna yang terlibat.

 

 

~TAMAT~

                                                                      

 

PRISCILLA ALFRED

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779