Siaran Media
22 Jun 2017
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah menyediakan pelan kesiapsiagaan dan operasi bersiap sedia sepanjang musim perayaan Aidilfitri dari 24 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017. Pelan ini bertujuan untuk menangani gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya semasa musim perayaan.
Pelan ini merangkumi pemantauan paras air kolam takungan perkhidmatan dan rumah pam, lori tangki bersiap sedia untuk membekal air bantuan, operasi pusat panggilan 24 jam dan panel kontraktor bersiap sedia untuk melaksanakan pembaikan kecemasan, jika berlaku paip bocor atau pecah.
Pengguna adalah dinasihati untuk mengguna air dengan berhemat sepanjang musim perayaan.
Sila rujuk kepada www.syabas.com.my, mySYABAS (aplikasi telefon bimbit pintar) atau ikuti “Facebook Air Selangor” untuk senarai kawasan di luar bandar, yang dijangka akan mengalami tekanan air rendah ataupun gangguan bekalan air akibat permintaan dan penggunaan air tinggi semasa cuti musim perayaan.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap SALAM AIDILFITRI kepada semua pengguna beragama Islam.