Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

SYABAS SERAH PELAN KESIAPSIAGAAN & OPERASI TUNGGU SEDIA (OPS SYABAS AIDILFITRI 2015) KEPADA PIHAK BERKUASA DAN WAKIL RAKYAT BAGI TEMPOH SEPANJANG MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2015

$
0
0

Kuala Lumpur– Sebagai persediaan bagi menghadapi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015,  Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menyediakan pelan kesiapsiagaan dan operasi tunggu sedia bagi tempoh sembilan (9) hari bermula 16 Julai sehingga 24 Julai 2015. Pelan kesiapsiagaan dan operasi tunggu sediadisediakan dan dilaksanakan bagi memastikan pengagihan bekalan air terawat tidak terjejas sepanjang tempoh berkenaan.

 

Pelan kesiapsiagaan dan operasi tunggu sedia ini adalah  juga merupakan panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan pembekalan dan pengagihan air terawat sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan air tidak berjadual atau kecemasan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang musim perayaan ini.

 

Bagi memastikan pelan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur, SYABAS telah menyerahkan PelanKesiapsiagaan & Operasi Tunggu Sedia Menghadapi Musim Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 (OPS SYABAS AIDILFITRI 2015) dari 16 Julai 2015 sehingga 24 Julai 2015 kepada semua jabatan kerajaan, agensi dan organisasi yang terlibat iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), semua Syarikat Operator Loji Rawatan Air, semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri  di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Pelan kesiapsiagaan dan operasi tunggu sedia ini mengandungi perincian berikut:

 

   i.            Kesiapsiagaan Jawatankuasa Pelan Tindakan Kecemasan [ERP]

  ii.            Kesiapsiagaan Pegawai Utama / Kakitangan SYABAS

  iii.            Kesiapsiagaan Pegawai Utama Syarikat Operator Loji

   iv.            Kesiapsiagaan Bahan Sokongan Penurapan Jalan (Bekalan ’Coldmix’)

    v.            Kesiapsiagaan Permit Bagi Kerja-Kerja Senggaraan & Kecemasan

   vi.            Kesiapsiagaan Kontraktor Panel

 

  1. Kesiapsiagaan Logistik / Bekalan Kecemasan
  2. Saluran Komunikasi

   ix.            Maklumat Pihak Ketiga

     x.            Kerja-Kerja Pemantauan Kolam & Senggaraan Sistem Bekalan Air

   xi.            Carta Alir Pelan Tindakan Kecemasan [ERP]

 

Antara langkah SYABAS bagi memastikan kesinambungan pengurusan operasi pengagihan bekalan air terawat sepanjang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 nanti  adalah seperti berikut:

 

  • Kakitangan Bertugas

Sepanjang tempoh cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri, terdapat kakitangan terus bertugas mengikut jadual di Ibu Pejabat dan semua pejabat SYABAS Wilayah khususnya yang terlibat dalam operasi harian.

 

  • Tindakan  Terhadap Kes Paip Pecah dan Paip Bocor

Senarai kontraktor tunggu sedia sepanjang perayaan supaya kejadian paip pecah atau bocor dapat dibaiki segera, mengikut Piagam Pelanggan SYABAS.

 

  • Pemantauan Berterusan Paras Tangki dan Kolam Air

Pemantauan berterusan paras kolam air SYABAS secara 24 jam menggunakan sistem telemetri dan SCADA di Pusat Kawalan Operasi dan pemeriksaan serta  rondaan semua tangki/kolam air setiap hari. Ini bagi memastikan paras simpanan air sentiasa stabil dan tiada sebarang limpahan berlaku disebabkan penggunaan air yang berkurangan semasa cuti musim perayaan terutamanya di kawasan bandar.

 

  • Pemantauan Berterusan Setiap Rumah Pam

Pemantauan berterusan operasi rumah pam oleh Operator Pam terutama selepas hujan dan kilat agar tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku kejadian ‘trip’ atau sistem rumah pam gagal beroperasi sepenuhnya.

 

  • Tangki Air Statik dan Lori Tangki Air

Sejumlah 630 tangki air statik dan 66 lori tangki air dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan serta-merta sekiranya diperlukan semasa gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku bagi bantuan air kecemasan.

 

  • Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) – Pusat Interaksi Pengguna

Beroperasi 24 jam sehari sebagai pusat interaksi dengan pengguna untuk pelbagai urusan berkenaan bekalan air terawat melalui talian bebas tol PUSPEL iaitu atau SMS ke 39222 dengan menaip: PUSPEL<jarak><maklumbalas/aduan/pertanyaan> supaya tindakan segera dapat diambil oleh pihak SYABAS.

 

Bagaimanapun, semasa berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar, pihak SYABAS menjangkakan pengguna mungkin menghadapi kesukaran menghubungi PUSPEL. Pengguna  diminta bersabar jika terpaksa menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab. Bagi mengatasi situasi ini, para pengguna digalakkan mengakses terus semua maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air dengan mudah, pantas dan tepat melalui aplikasi telefon mudah alih mySYABAS yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Playstore / Appstore. Pengguna juga boleh menggunakan saluran alternatif seperti penggunaan twitter” SYABASdengan menaip ‘follow @puspel’ di  laman web masing-masing dan“Facebook” SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’ bagi membuat sebarang aduan dan mendapatkan informasi yang berkaitan.

 

 

Dalam pada masa sama, pihak SYABAS amat mengharapkan kerjasama pengguna agar menggunakan  air dengan penuh berhemah. Antara tips yang boleh diamalkan sepanjang musim perayaan nanti adalah seperti berikut:

 

  • Pastikan semua pili air ditutup dengan sempurna sebelum pulang ke kampung halaman atau keluar rumah untuk bercuti dalam masa yang panjang. Pengguna juga boleh terus menutup paip utama air masuk yang terletak di meter air premis masing-masing kerana ia lebih selamat bagi mengelakkan berlaku sebarang pembaziran air.
  • Melakukan pemeriksaan kebocoran paip dalam premis kerana banyak kes kebocoran yang berlaku tidak dapat dilihat atau limpahan di tangki air di bumbung. Baca meter air sebelum dan selepas dua jam semasa air tidak digunakan. Jika meter tidak memberi bacaan yang sama atau bacaan meter terus bergerak setelah semua pili air ditutup, maka terdapat kebocoran berlaku.
  • Membaiki pili atau paip air yang bocor dengan serta merta sebelum meninggalkan premis kediaman untuk mengelakkan bil air melambung.
  • Kitar semula air lebihan memasak atau basuhan. Ia boleh digunakan kembali untuk aktiviti luar seperti menyiram tumbuh-tumbuhan sekitar rumah.
  • Gunakan sinki atau besen yang berisi air bersabun untuk membasuh pinggan mangkuk kemudian bilaskan dengan air yang dialirkan secara perlahan.

 

 

 

 

 

 

Dalam pada itu, pihak SYABAS juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan kami yang beragama Islam di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

-Tamat-

 

 

PRISCILLA ALFRED

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>