KENYATAAN MEDIA
SIARAN SEGERA
22 JUN 2015
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH HULU LANGAT DAN WILAYAH KUALA LUMPUR DISEBABKAN KEKURANGAN BEKALAN AIR TERAWAT
Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah di Wilayah Hulu Langat ekoran kekurangan bekalan air terawat dan permintaan yang tinggi telah merebak ke beberapa kawasan lain di wilayah tersebut dan juga sebahagian kawasan pengguna di Wilayah Kuala Lumpur.
Gangguan bekalan air dalam bentuk tidak ada bekalan air atau tekanan rendah yang terkini sejak kebelakangan ini mulai 18 Jun 2015, dialami pula oleh sebahagian daripada pengguna di 21 kawasan lagi di Wilayah Hulu Langat melibatkan sejumlah 18,538 akaun pengguna (22,443 pintu rumah) dan di 55 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur melibatkan sejumlah 50,578 akaun pengguna (252,890 pintu rumah).
Untuk makluman, kesemua kawasan pengguna ini mendapat bekalan air terawat daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat melalui Kolam Simpanan Air Cheras High Level bagi kawasan yang terjejas di Wilayah Hulu Langat dan Kolam Simpanan Air Pudu Ulu bagi kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur. Walaupun Loji Rawatan Bekalan Air Sungai Langat telah beroperasi pada tahap kapasiti maksima, ia masih tidak dapat menampung permintaan air yang terus meningkat. Ini telah menyebabkan ketidakstabilan paras kolam air tersebut yang menyusut dengan pantas sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual.
Untuk makluman juga, pengeluaran purata air terawat dari loji rawatan air ini adalah sebanyak 465.52 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding dengan kapasiti rekabentuknya iaitu 386 JLH. Oleh yang demikian, loji rawatan air ini telah beroperasi secara maksima, melebihi kapasiti rekabentuk (overload) sehingga 120.6% dan pengeluaranya tidak dapat lagi dipertingkatkan. Berikutan dengan situasi ini, paras Kolam Simpanan Air Cheras High Level dan Kolam Simpanan Air Pudu Ulu masih mengalami kesukaran untuk pulih seperti sediakala.
Antara kawasan yang dikenal pasti terlibat adalah seperti berikut:
WILAYAH HULU LANGAT | |||
1 | Pinggiran Delima | 12 | Taman Taming Jaya |
2 | Taman Wawasan | 13 | Kawasan Perindustrian Balakong |
3 | Sungai Long Seksyen 6,7 & 8 | 14 | Taman Industri Selesa Jaya |
4 | Taman Juara Jaya | 15 | Taman Industri Balakong |
5 | Taman Bukit Belimbing | 16 | Taman Taming Permai |
6 | Taman Sungai Besi Indah 1,2& 3 | 17 | Taman Industri Lifong |
7 | Taman Harmoni Indah | 18 | Taman Tanming Ria |
8 | Taman Puncak Utama | 19 | Taman Sungai Besi Indah Zon 1 |
9 | Taman Putra Budiman | 20 | Juta Mines Kondominium |
10 | Taman Balakong Jaya | 21 | Bluewater Estate |
11 | Taman Sri Timah |
|
|
WILAYAH KUALA LUMPUR | |||
1 | Taman Tynton View | 29 | Jalan Robson |
2 | Taman Mutiara | 30 | Taman Seputeh |
3 | Taman Supreme Jaya | 31 | Taman Bkt Seputeh |
4 | Taman Bukit Hijau | 32 | Taman Seputeh Heigh |
5 | Taman Connaught | 33 | Kl Sentral |
6 | Desa Tun Razak | 34 | Brickfield |
7 | Bandar Tun Razak | 35 | Wisma Putra |
8 | Taman Jaya | 36 | Taman Cheras Utama |
9 | Taman Mulia | 37 | Taman Pandan Perdana |
10 | TUDM Sungai Besi | 38 | Kampung Cheras Baru |
11 | Jalan Lapangan Terbang | 39 | Taman Muda |
12 | Jalan Lapangan Terbang Lama | 40 | Taman Mestika |
13 | Jalan Sungai Besi | 41 | Taman Teratai |
14 | Jalan Chan Sow Lin | 42 | Taman Saga |
15 | Separuh Kawasan Sg. Besi | 43 | Taman Melur |
16 | Kampung Batu Kong | 44 | Taman Seraya |
17 | Jalan Wisma Putra | 45 | Taman Mega Jaya |
18 | Jalan Syed Putra | 46 | Taman Bkt Permai |
19 | Jalan Belamy | 47 | Taman Kencana |
20 | Jalan Bukit Petaling | 48 | Taman Pandan Indah |
21 | Jaaln Kerayon | 49 | Taman Pandan Komersial |
22 | Dewan Pustaka Dan Bahas | 50 | Taman Maju Jaya |
23 | Wisma Perwira | 51 | Taman Cheras Indah |
24 | Gapena | 52 | Taman Mawar |
25 | Jalan San Peng | 53 | Taman Putra |
26 | Dataran F&N | 54 | Taman Pandan Mewah |
27 | Persiaran Syed Putra | 55 | Taman Lembah Maju |
28 | Persiaran Putra |
|
|
Dalam pada itu, bekalan air alternatif bagi membantu memulihkan situasi Kolam Kolam Simpanan Air Cheras High Level dan Kolam Simpanan Air Pudu Ulu melalui bekalan air dari Loji Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) tidak dapat dilakukan pada masa ini disebabkan paras air Kolam Air Bukit Gasing masih menghadapi kesukaran untuk kembali pulih setelah rumah pam kolam air tersebut terjejas ekoran kerosakan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada jam 11.00 malam, 17 Jun 2015 lalu.
Sebelum ini, sejumlah 17 kawasan lain melibatkan 9,022 akaun pengguna di Wilayah Hulu Langat telah dimaklumkan sering mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah secara berkala dan adakalanya berlarutan sejak 3 Mac 2015 yang lalu disebabkan bekalan air terawat yang tidak mencukupi. Dan situasi ini masih berlarutan sehingga kini.
Pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dalam menangani situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media massa.
Dalam pada itu, pihak SYABAS telah mengerakkan lori-lori tangki untuk menghantar bantuan bekalan air kecemasan ke kawasan yang terlibat dengan gangguan tidak berjadual ini bagi mengurangkan kesan kepada pengguna. Namun, bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki yang terhad dan keutamaan akan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dailisis dan klinik-klinik kesihatan disamping keperluan meruncing seperti majlis kenduri dan kematian. Sehubungan itu, sepanjang tempoh gangguan pengguna diminta berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air yang diterima dari bekalan air kecemasan ini.
Para pengguna pula boleh mengakses terus semua maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air dan status pemulihan bekalan air di kawasan masing-masing dengan mudah, pantas dan tepat melalui aplikasi telefon mudah alih mySYABAS yang boleh dimuat turun menerusi Google Playstore / Appstore. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang sama dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my.
~TAMAT~
PRISCILLA ALFRED
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat
*** Maklumat berhubung kejadian ini juga boleh diakses melalui aplikasi sistem mySYABAS yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Appstore, atau para pengguna boleh melayari laman web rasmi SYABAS di www.syabas.com.my ; atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.