SIARAN MEDIA
19 Mei 2017
Kerja pencucian dan penambahbaikan sistem bekalan air di Tangki Imbangan North Hummock, Klang telah siap dilaksanakan pada pukul 8:00 malam semalam.
Namun demikian, pada pukul 5:00 pagi ini, kebocoran paip telah terkesan pada saluran paip berdekatan tangki imbangan Loji Rawatan Air North Hummock. Kerja-kerja pembaikan paip sedang giat dijalankan dan dipercepatkan.
Walau bagaimanapun, bekalan air alternatif telah diagihkan ke kawasan-kawasan yang terjejas daripada Kolam Air Lam Bee. Beberapa premis yang berada di hujung sistem agihan air dan di kawasan tinggi mungkin akan mengalami gangguan bekalan air sementara.
Kawasan-kawasan ini termasuk sebahagian Kawasan Industri Jalan Meru, Taman Meru Utama, Taman Mesra Meru, Pekan Meru, Pekan Meru 2, Taman Bayu Meru, Taman Daya Maju dan Taman Seri Meru.
Bekalan air bantuan sedang dihantar melalui lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas. Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip Tanker<jarak>Nama & Alamat)
Maklumat terkini mengenai status kerja pembaikan paip boleh dirujuk di www.syabas.com.my, atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.
Segala kesulitan amatlah dikesali.