Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Kerja-kerja Pencucian dan Penambahbaikan Sistem Bekalan Air di Tangki Imbangan North Hummock

$
0
0

SIARAN MEDIA

11 Mei 2017

 

Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 8:00 pagi, 18 Mei 2017 sehingga 12:00 tengah malam, 19 Mei 2017 semasa kerja–kerja pencucian dan penambahbaikan sistem bekalan air di Tangki Imbangan Air North Hummock.

 

Kerja-kerja ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja penyelenggaraan berjadual demi mengekalkan kualiti bekalan air.

 

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kawasan Industri Jalan Meru, Taman Meru Utama, Taman Mesra Meru, Pekan Meru, Pekan Meru 2, Taman Bayu Meru dan Taman Daya Maju.

 

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 18 Mei 2017.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pencucian ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.  

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>