SIARAN MEDIA
9 Mei 2017
KERJA PENCUCIAN DAN PENYAMBUNGAN BEKALAN AIR DI LOJI RAWATAN AIR
Beberapa kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 16 Mei 2017 dari 8:00 pagi sehingga 11:00 malam semasa kerja–kerja pencucian kolam takungan imbangan Bukit Chandang dan Ulu Yam di Loji Rawatan Air Batang Kali. Kerja-kerja pencucian ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja penyelenggaraan demi mengekalkan kualiti bekalan air.
Kawasan-kawasan yang akan terlibat adalah seperti berikut.
Desa Alam Ria | Taman Wawasan Batang Kali |
Jalan Jati dan Balai Polis Batang Kali | Berek Polis dan Klinik Kesihatan Ulu Yam Baru |
Genting Malek Batang Kali | Jalan Besar Ulu Yam Baru |
Genting Permai Batang Kali | Kampung Baru Cina Ulu Yam Baru |
Jalan Besar Batang Kali | Kampung Gurney Ulu Yam |
Kampung Baru Batang Kali | Kampung Pasir Ulu Yam Baru |
Kampung Kuantan Batang Kali | Kampung Setia Ulu Yam Baru |
Kampung Mengyorok Batang Kali | Kampung Sungai Chik Ulu Yam Baru |
Kampung Sekolah Batang Kali | Pekan Ulu Yam Baru |
Kampung Sentosa Batang Kali | Perindustrian Perabot Ulu Yam Baru |
Kampung Sungai Masin Batang Kali | Rumah Murah Ulu Yam Baru |
Kampung Tengah Batang Kali | Taman Arowana Ulu Yam Baru |
Rantau Panjang Batang Kali | Kampung Padang, Kampung Lekok, Kampung Tengah Ulu Yam Baru |
Taman Seri Cahaya Batang Kali | Taman Desa Kelisa Ulu Yam Baru |
Taman Desa Jaya Batang Kali | Taman Sri Liam Ulu Yam Baru |
Taman Seri Batang Kali |
|
Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pencucian ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 16 Mei 2017.
Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pencucian ini.
Segala kesulitan amatlah dikesali.