16 MAC 2017
Kerja-kerja pembaikan paip pecah berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang telah siap dibaiki.
Bekalan air sedang pulih secara berperingkat. Pemulihan bekalan air ke premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan mungkin akan mengambil sedikit masa.
Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak>Nama & Alamat.
Maklumat terkini mengenai status pemulihan boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau diikuti di Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” .
Segala kesulitan amatlah dikesali.