Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN DI WILAYAH KLANG EKORAN PAIP PECAH

$
0
0

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN DI WILAYAH KLANG EKORAN PAIP PECAH

 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa sebahagian daripada pengguna di beberapa kawasan di Wilayah Klang yang melibatkan sejumlah 9,384 pintu rumah pada masa ini mengalami terputus bekalan air dan tekanan air rendah disebabkan paip dari jenis keluli lembut (Mild Steel) bersaiz 1050mm di lokasi No.2 Simpang Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang telah didapati  pecah.

 

Siasatan awal menunjukkan kejadian ini berpunca daripada kerja-kerja pihak ketiga berdasarkan terdapatnya sisa-sisa korekan di lokasi paip pecah berkenaan. Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kontraktor pembaikan lantikan SYABAS sedang giat melakukan pengorekan bagi mengenalpasti kedudukan paip yang pecah tersebut. Usaha ini dijangka mengambil masa yang agak lama disebabkan jajaran paip berkenaan berada melebihi 5 meter di dalam tanah. Selain itu, proses pengeringan paip (dewatering) sebelum kerja pembaikan dapat dilakukan turut mengambil masa yang lama disebabkan saiz paip yang besar. Justeru SYABAS menganggarkan kerja pembaikan ini hanya akan dapat disiapkan sepenuhnya pada sekitar jam 5:00 petang esok (15 Mei 2015). Penyaluran semula bekalan air akan segera dilakukan selepas kerja pembaikan disiapkan.

 

Antara kawasan yang terlibat dengan gangguan tidak berjadual ini termasuk:-

  • Mega Hub
  • Laguna Park
  • Pulau Indah Fasa 1
  • Pulau Indah Fasa 2
  • Taman Armada Putra
  • Telok Gong

Para pengguna boleh mengakses terus semua maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air dan status pemulihan bekalan air di kawasan masing-masing dengan mudah, pantas dan tepat melalui aplikasi telefon mudah alih mySYABAS yang boleh dimuat turun menerusi Google Playstore / Appstore). Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang sama dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my.  Dalam pada itu, pihak SYABAS juga akan terus memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media massa.

 

Dalam pada itu, pihak SYABAS sudah meletakkan lori-lori tangki di dalam keadaan tunggu sedia untuk penghantaran bekalan air kecemasan ke kawasan yang terlibat dengan gangguan tidak berjadual ini bagi mengurangkan kesan kepada pengguna. Namun, bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki amat terhad dan keutamaan akan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dailisis dan klinik-klinik kesihatan disamping keperluan meruncing seperti majlis kenduri dan kematian. Sehubungan itu, sepanjang tempoh gangguan pengguna diminta berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air yang diterima dari bekalan air kecemasan ini.

 

 

~TAMAT~

 

*** Maklumat berhubung kejadian ini juga boleh diakses melalui aplikasi sistem mySYABAS yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Appstore, atau para pengguna boleh melayari laman web rasmi SYABAS di www.syabas.com.my ; atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>