SIARAN MEDIA
24 FEBRUARI 2017
BEKALAN AIR DI SHAH ALAM DAN PETALING PULIH SEPENUHNYA
Bekalan air di beberapa kawasan di Shah Alam dan Petaling yang terjejas akibat paip pecah di Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam telah pulih sepenuhnya.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengguna di atas kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan ini.
Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.
Maklumat terkini mengenai perkhidmatan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau ikuti Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” .
Segala kesulitan amatlah dikesali.