20 Februari 2017
Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan sementara bekalan air bermula jam 9:00 malam, 28 Februari 2017 hingga jam 5:00 pagi, 1 Mac 2017 semasa kerja-kerja pengalihan paip di Jalan Perindustrian Balakong, Hulu Langat.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Balakong Jaya, Taman Puncak Utama Balakong, Perusahaan Balakong Jaya dan Perusahaan Taman Balakong Jaya.
Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 28 Februari 2017.
Maklumat terkini mengenai kerja-kerja paip ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Faceboo atau ikuti “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” .
Segala kesulitan amatlah dikesali.