SIARAN MEDIA
22 FEBRUARI 2017
Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah selesai.
Bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas akan pulih secara berperingkat bermula pukul 2:00 pagi Khamis (23 Februari 2017). Premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk pemulihan sepenuhnya.
Bekalan air bantuan sedang dihantar ke kawasan terjeja, hospital dan pusat dialisis dengan lori tangki.
Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.
Maklumat terkini mengenai status pemulihan boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau mengikuti Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” .
Segala kesulitan amatlah dikesali.