Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sg. Langat pulih seperti sediakala

$
0
0

SIARAN MEDIA

18 JANUARI 2017

 

Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Langat telah beroperasi semula seperti sediakala pada 11.30 malam semalam (17 Januari 2017). Pengeluaran air terawat terjejas pada hari Ahad (15 Januari 2017) akibat kekeruhan air Sg. Langat yang membekalkan air mentah ke LRA Sg Langat.

 

Bekalan air ke kawasan-kawasan di Kuala Lumpur dan Hulu Langat sedang pulih secara berperingkat. Kebanyakan kawasan yang terjejas telah menerima bekalan air seperti biasa kecuali premis yang berada di kawasan tinggi dan di hujung sistem agihan.

 

Segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat. Penghantaran bekalan air bantuan dengan lori tangki air masih diteruskan. Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak>Nama & Alamat).

 

Pengguna adalah dinasihati supaya menggunakan air secara berhemat semasa pemulihan untuk mencepatkan paras air kolam takungan di kawasan masing-masing mencapai paras optimum.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”  untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status pemulihan ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.   



Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>