SIARAN MEDIA
17 JANUARI 2017
Bekalan air ke kawasan-kawasan di Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air akibat pengeluaran air rendah di Loji Rawatan Air Sungai Langat kini sedang pulih secara berperingkat setelah loji beroperasi seperti biasa pada pukul 12 tengah hari semalam.
Sehingga jam 1:00 tengah hari, bekalan air telah pulih di 41% kawasan yang terlibat. Bekalan air ke premis-premis yang berada di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan akan mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.
Segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan terlibat. Penghantaran bekalan air bantuan dengan lori tangki air masih diteruskan sehingga kolam takungan di kawasan yang terlibat mencapai paras optimum. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya di kawasan-kawasan yang terlibat pada hari Jumaat (20 Januari 2017).
Pengguna adalah dinasihati supaya menggunakan air secara berhemat semasa pemulihan untuk mencepatkan paras air kolam takungan di kawasan masing-masing mencapai paras optimum.
Sila rujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status pemulihan ini.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Dikeluarkan oleh:
Amin Lin Abddulah
Ketua Komunikasi Korporat
Kumpulan Air Selangor