11 JANUARI 2017
Kerja-kerja pembaikan paip pecah berdekatan Kompleks Kolam Air Pantai, Jalan Pantai Bahru telah siap dibaiki pagi ini. Kerja pembaikan mengambil masa yang lebih lama kerana penggantian beberapa batang paip.
Bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas sedang pulih secara berperingkat. Premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan akan mengambil sedikit masa untuk kembali pulih sepenuhnya.
Bekalan air bantuan sedang dihantar dengan lori tangki air kepada pengguna di kawasan yang terjejas. Pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pemulihan bekalan air, sila layari www.syabas.com.my, rujuk kepada aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” .
Segala kesulitan amatlah dikesali.