KENYATAAN MEDIA
28 OKTOBER 2016
LOJI RAWATAN AIR SEMENYIH TERPAKSA DITUTUP SEMULA
Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup pada pukul 4:15 petang kerana benteng di Sungai Buah pecah kerana hujan lebat di hulu sungai di Nilai. Benteng ini telah dibina untuk menghalang air sungai tercemar mengalir ke Sungai Semenyih dan melencongkannya ke kolam berhampiran menggunakan pam sejak 24 Oktober 2016.
Segala usaha sedang dilaksanakan untuk membina semula benteng di Sg. Buah dengan serta-merta supaya air sungai tercemar tidak mengalir ke dalam Sungai Semenyih.
Semua kawasan di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling sedang mengalami gangguan bekalan air sehingga loji rawatan air beroperasi semula.
Bantuan bekalan air akan terus dihantar ke kawasan yang terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis sehingga bekalan air pulih. Jadual bekalan air sedia ada untuk Zon 1 dan 2 tidak diguna pakai lagi.
Bekalan air bantuan disediakan di Pili Air Awam seperti berikut:
Bekalan air bantuan disediakan di Stesen Lori Tangki Air Jumbo seperti berikut:
Untuk mengelakkan kesesakan pusat panggilan pelanggan, pengguna adalah dinasihati untuk menghantar alamat premis ke SMS 15300 (Taip TANKER<jarak>Nama & Alamat) untuk memohon bekalan air bantuan.
Pengguna boleh mendapatkan status terkini melalui aplikasi telefon pintar “mySYABAS”,www.syabas.com.my, Facebook “puspel syabas” atau “Air Selangor” go
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Dikeluarkan oleh:
Amin Lin Abdullah
Ketua Komunikasi Korporat
Kumpulan Air Selangor