Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Pembekalan air berjadual diteruskan

$
0
0

KENYATAAN MEDIA 

8 OKTOBER 2016


Pelan pemulihan bekalan air secara berjadual kepada pengguna di Zon 1 dan 2 daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling akan diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

 

Penjadualan ini diguna pakai sejak penutupan Loji Rawatan Air Sg Semenyih pada Oktober 4 2016 akibat pencemaran bau air mentah.

 

Langkah sementara ini adalah untuk memastikan pengguna-pengguna tidak mengalami gangguan bekalan air bagi tempoh berpanjangan. Sila rujuk senarai zon yang dilampirkan.

 

Kami meminta kerjasama pengguna supaya menggunakan air secara berhemat untuk membantu kami mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan yang terlibat.

 

Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sewaktu tempoh pemulihan ini.

 

Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan kami, pengguna dinasihati memuat turunkan “mySYABAS” aplikasi telefon pintar atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

 

Dikeluarkan oleh:

Amin Lin Abdullah

Ketua Komunikasi Korporat

Kumpulan Air Selangor


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>