KENYATAAN MEDIA
08 OKTOBER 2016 (1600 JAM)
Loji rawatan air Langat dan Cheras masing-masing telah beroperasi pada 9:00 pagi dan 12:00 tengah hari ini.
Kedua-dua loji telah bertukar sumber air mentah daripada Sungai Semantan kepada empangan Sungai Langat.
Bekalan air akan diagihkan ke kawasan terlibat di Kuala Lumpur dan sebahagian daerah Petaling serta Hulu Langat berpandu kepada jadual mulai esok (9 Oktober 2016), sebagai langkah sementara, demi memastikan pengguna tidak mengalami gangguan bekalan air berpanjangan. Sila rujuk Jadual Bekalan Air yang dilampirkan.
Pasukan pemantau sungai Air Selangor masih di Pahang sejak semalam (7 Oktober 2016) membantu Badan Kawal Selia Sumber Air Pahang dan Jabatan Alam Sekitar Pahang untuk mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Semantan
Bekalan air bantuan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis.
Pengguna adalah dinasihati untuk mengguna bekalan air secara berhemat dalam tempoh pemulihan ini.
Untuk mengelakkan kesesakan pusat panggilan pelanggan SYABAS, pengguna dinasihati untuk memuat turunkan “mySYABAS” aplikasi telefon pintar atau layari laman web www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Dikeluarkan oleh:
Amin Lin b Abdullah
Ketua Komunikasi Korporat
Kumpulan Air Selangor