Quantcast
Channel: Home - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (1-800-88-5252)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 779

Gangguan Bekalan Air Sementara di Kuala Lumpur dan Gombak

$
0
0

6 April 2016

 

GANGGUAN BEKALAN AIR SEMENTARA DI KUALA LUMPUR DAN  GOMBAK

 

Kuala Lumpur– Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak sedang mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja pembaikan kecemasan ke atas sistem elektrik di Rumah Pam Air Estet Kepong.

 

Segala usaha untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan ini sedang dilakukan untuk membolehkan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat dengan kadar yang segera. 

 

Kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara di Kuala Lumpur adalah Jalan U-thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya, Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin Perkasa, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Putra Sulaiman, Taman Pandan Utama, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Yaakob Latif dan Perumahan Sommerset Close.

 

Manakala, kawasan-kawasan yang mengalami gangguan air sementara di Gombak adalah Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah, Kampung Muhibah, Kampung Tasek Permai, Apartmen Mesra Villa, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Taman Dagang Jaya/ Taman Halaman Indah, Taman Faizura Ampang, Taman Permai Jaya Ampang, Taman Sri Bayu, Taman Sri Raya Ampang, Kampung Indah Permai Ampang, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Kampung Lembah Jaya, Kampung Pinggir 3 Lembah Jaya, Taman Sri Baru dan Apartmen Desa Lembah Permai.

 

Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air kecemasan telah dihantar melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara.

 

SYABAS akan terus memantau situasi ini dan pengguna akan dimaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa, aplikasi  “mySYABAS” dan laman web www.syabas.com.my. Pengguna boleh juga berhubung SYABAS melalui talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Amin Lin Abdullah

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat

Kumpulan Air Selangor


Viewing all articles
Browse latest Browse all 779


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>